fb fb fb fb fb

Program MyLESEN beri manfaat kepada 1,000 individu B40 di Tambun

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

TAMBUN, 10 Mac- Kira-kira 1,000 individu daripada kumpulan B40 di Parlimen Tambun menerima Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal) menerusi Program MyLESEN

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Program itu merupakan komitmen dan usaha kerajaan dalam membantu dan mempertingkatkan taraf sosioekonomi serta pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan.

"Hari ini kita bagi kepada 1,000 penerima membabitkan jumlah perbelanjaan RM300,000 dan saya fikir ini dapat memberikan kelegaan khususnya kepada pengundi muda di Tambun ini untuk mendapatkan secara sah lesen motosikal B2 untuk mempermudah kehidupan seharian mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu penerima Syed Zubairi Syed Tarmizi yang ditemui berkata program itu sangat membantu memudahkan mereka untuk mendapatkan lesen.

"Banyak kali cuba ambil lesen, tetapi gagal. Nak ambil lesen ini pun perlukan bayaran, ia juga memerlukan bayaran sekitar RM350 untuk lesen B2. Jumlah itu pun agak mahal sebenarnya. Apabila dengar ada pemberian lesen percuma, itu yangh saya cuba," katanya.

Bagi Nor Fatihah Mohd Zain, dia bersyukur dengan penganjuran pemberian lesen secara percuma.

"Bagi mengambil lesen pun perlu sediakan kos. Apabila dapat bantuan seperti ini memang syukur sangat-sangat," katanya. untuk membayar

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI