fb fb fb fb fb

Program Mai Derma Darah kumpul 300 pek darah untuk Hospital Tuanku Fauziah

Program Mai Derma Darah anjuran UMNO Kangar dapat sambutan baik masyarakat setempat

KANGAR, 26 November- Lebih 300 pek darah didermakan oleh masyarakat yang prihatin bagi menampung stok bekalan darah di Unit Transfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah.

Ini menerusi tujuh siri Program Mai Derma Darah bermula sejak April lalu hingga kini yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Kangar dan diselaraskan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, program yang dilaksanakan ini sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat khususnya ketika menghadapi kes-kes kecemasan di Hospital Tuanku Fauziah.

Beliau berkata, bekalan darah yang mencukupi diperlukan Hospital Tuanku Fauziah bagi membantu pesakit yang memerlukan termasuk pesakit kecemasan yang mengalami pendarahan di luar jangka seperti kes kemalangan, komplikasi semasa bersalin, bayi pramatang, thalasemia, kanser, kegagalan buah pinggang termasuk mereka yang perlu menjalani pembedahan kritikal.

"Setiap kali penganjuran, sasaran ditetapkan sebanyak 50 pek darah didermakan, malam ada ketikanya melebihi sasaran ditetapkan.

"Jumlah yang berjaya dikumpulkan setiap kali program sedikit sebanyak dapat menampung keperluan stok bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah di mana secara puratanya 200 pek darah diperlukan setiap minggu atau mencecah 800 pek darah setiap bulan bagi menghadapi pelbagai kes kecemasan,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Mai Derma Darah berkenaan di Unit Transfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah yang dilaksanakan setiap bulan.

Bagi memastikan stok bekalan darah yang stabil, masyarakat perlu menyokong usaha murni Program Mai Derma Darah dan menyedari akan kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE