
SEREMBAN, 16 April – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) mempergiat pendekatan turun padang menerusi inisiatif “Justice On Wheels” dalam usaha memperluas akses guaman kepada orang ramai.
- Inisiatif "Justice On Wheels" mempergiat pendekatan turun padang untuk memperluas akses guaman kepada masyarakat.
- Program menyediakan perkhidmatan nasihat guaman, pengendalian kes litigasi, mediasi dan pendampingan guaman kepada komuniti.
- Orang awam boleh mengakses maklumat awal bantuan guaman melalui portal rasmi JBG dan kemudahan chatbox.
- Inisiatif kerjasama JBG dan JAPEN bertujuan mencapai golongan sasar, meningkatkan celik undang-undang dan kesedaran tentang hak.
Inisiatif berkenaan memberi peluang kepada komuniti mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk nasihat guaman, pengendalian kes litigasi, mediasi serta pendamping guaman.
Selain itu, orang awam juga boleh mengakses maklumat awal berkaitan bantuan guaman melalui portal rasmi JBG serta kemudahan chatbox yang
disediakan.
Program kerjasama antara JBG dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sembilan itu berlangsung sempena Influencer@JAPEN di pekarangan Wisma Persekutuan, di sini.
Pengarah JAPEN Negeri Sembilan, Supian Musa memaklumkan pihaknya berharap objektif program sampai kepada golongan sasar.
“Kita mengharapkan taklimat berkaitan peranan bantuan guaman ini sampai kepada golongan sasaran kita,” katanya.
Beliau turut berharap program seumpama ini dapat memastikan orang ramai lebih celik undang-undang serta mengetahui hak mereka.