fb fb fb fb fb

Program Jualan Rahmah di Terengganu rekod hasil jualan lebih RM7.3 juta

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia

MARANG, 5 April- Program Jualan Rahmah di Terengganu rekod hasil jualan lebih RM7.3 juta setakat ini.

Ia membabitkan tiga model pelaksanaan iaitu Program Jualan Rahmah di premis, Jualan Rahmah secara terbuka dan Jualan Rahmah bergerak sepanjang tahun ini.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, ia melibatkan lebih 175,621 pengunjung di lokasi terpilih seluruh negeri Terengganu.

Program turut melibatkan agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri.

"Program ini sejak 2024, sehingga 4 April 2024, sebanyak 249 sesi kita laksanakan di Jualan Rahmah secara premis, terbuka 109 sesi, program Jualan Rahmah bergerak termasuk Juala Rahmah Ramadan sebanyak 140 sesi.

"Kita lihat bahawa program Jualan Rahmah yang kita laksanakan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan pengguna di seluruh negeri Terengganu, di lokasi kita tetapkan", katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan di Program Jualan Rahmah Ramadan di perkarangan Dewan Orang Ramai kampung Bukit Parit, Marang.

Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai barangan keperluan dengan potongan harga antara 10 hingga 30% berbanding harga asal.

Sementara itu, KPDN negeri turut merekodkan sebanyak enam kes diambil tindakan daripada 1,652 premis yang diperiksa sepanjang Ops Pantau 2024 yang bermula 12 Mac lepas hingga hari ini.

Ia membabitkan lima kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan satu kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. 

ROSLINA BINTI DIN