fb fb fb fb fb

Program Jualan Agro Madani FAMA hampir capai sasaran

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri

BANDARAYA MELAKA, 6 Julai- Program Jualan Agro Madani di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hampir capai sasaran tahun ini, apabila lebih 3,600 penganjuran telah dilaksana, setakat Jun lalu.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri memaklumkan, pencapaian itu adalah 70 peratus daripada sasaran ditetapkan iaitu 5,000 penganjuran sehingga Oktober depan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu sebanyak RM77.1 juta nilai jualan telah direkodkan melibatkan lebih 47,000 usahawan dengan nilai penjimatan kepada pelanggan kira-kira RM23.1 juta.

"Dan nampaknya program tahun lepas kita buat 5000 kali, kita terlebih 5600 kali dan tahun ini kita sudah mencapai 3655, lebih kurang 70 peratus, tinggal 1000 lebih sehingga bulan Oktober.

"Ini bermakna kita telah mendahului sasaran dan nampaknya pada hari ini sahaja pun saya tengok ramai pengunjung dan mereka sangat berpuas hatilah dengan produk yang kita tawarkan dan juga diskaun-diskaun yang kita berikan", katanya kepada pemberita pada perasmian Jualan Agro Madani di Bandaraya Melaka.

Program berlangsung selama tiga hari menawarkan pelbagai jualan barangan pertanian segar pada harga berpatutan.

ROSLINA BINTI DIN