fb fb fb fb fb

Program Johor Bersih berjaya kutip 25 tan sampah

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon

TANGKAK, 8 Disember - Kira-kira 25 tan sampah berjaya dikutip di sembilan daerah di Johor, menerusi Program Johor Bersih yang dilaksanakan pada tahun ini.

Sampah yang berjaya dikutip termasuk botol-botol, tin dan lain-lain di kawasan sekitar terutama di sungai. 

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata, program berkenaan diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat  sekali gus sebagai persediaan untuk Tahun Melawat Johor 2026.

"Bayangkan dengan sampah sarap, plastik-plastik botol air yang dikutip sudah hampir 25 tan kami kutip. Oleh itu ini sebagai program kesedaran kepada orang awam dan sekali lagi saya mahu ingatkan kepada semua supaya bersama-sama kita menjaga kebersihan dankita menghargai biodiversiti yang ada di sekeliling kita," kata Ling Tian Soon.

Beliau ditemui pemberita semasa merasmikan Program Johor Bersih @ Sungai Peringkat Daerah Tangkak 2024 di Laman Tepian Sungai Grisik, di sini.

Tambahnya, program berkenaan lengkap dilaksanakan ke 10 daerah dan akan diperluaskan pada tahun hadapan melibatkan pelbagai pihak.

TETITIA YUSOFF