fb fb fb fb fb

Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat, seramai 224 huffaz dilahirkan

KUALA KUBU BHARU, 4 Mac- Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya melahirkan seramai 224 huffaz tahun ini, dalam usaha memastikan pendidikan tahfiz terus berkembang.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said, permintaan yang tinggi terhadap pendidikan tahfiz dari semasa ke semasa, institusi tahfiz terus diperkasa dibawah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pihak persendirian.


(Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said)

"Kita pihak kerajaan memberi perhatian serius kepada tahfiz al-quran ini dan itulah yang kita cuba tunjolkan dalam majlis ini kemampuan yang ada pada pelajar-pelajar yang belajar di darul alquran, kita mengharapkan bukan sekadar untuk bidang agama semata-mata, mereka juga sebagai hufaz hafiz dan mereka juga terlibat secara langsung dalam bidang professional Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat 2020-2023 di Darul Quran JAKIM di Selangor.

Pada majlis itu, beberapa anugerah turut disampaikan iaitu Penyampaian Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang, Anugerah Penulisan Al-Quran Terbaik, Anugerah Khas serta sijil Syahadah Hafazan Al-Quran.

"Untuk capai semua itu, perlu melalui jalan yang sangat perit untuk mendapatkan kesenangan. Antaranya bangun tengah tengah malam untuk hafal tasmi’, lepas itu kena tulis tahri, tapi bila hendak capai sesuatu ini kita perlu ada tindakan. Kita tidak boleh berharap sahaja," kata penerima sijil anugerah pelajar cemerlang, Mior Faris Safiuddin Mohammad Shafie.

Media Baharu