fb fb fb fb fb

Program baharu “34 Je-Kita Suka” di KEDAHfm sentuh perihal berkaitan Kedah

Program baharu “34 je” di KEDAHfm sentuh perihal berkaitan Kedah

ALOR SETAR, 5 Januari- Pelbagai program dan topik menarik berkaitan Negeri Kedah akan disajikan kepada pendengar dan penonton setia stesen radio KEDAHfm melalui program baharu, "34 je Kita Suka".
 
Program berkenaan disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selama 34 minit bermula pukul 3.40 petang hingga 4.14 petang.

Ketua Bahagian Rancangan KEDAHfm, Syahida Sabudin berkata, pelbagai topik menarik yang menyentuh isu tempatan akan dibawakan untuk pendengar dan penonton KEDAHfm.
 
Antaranya berkaitan seni muzik, seni halus, seni ukir, penggiat kandungan kreatif, tempatan menarik dan bersejarah, makanan unik dan terbaik tempatan, warisan, adat, tradisi, budaya setempat, dan produk tempatan Negeri Jelapang Padi.
 
Selain disiarkan di corong radio, program berkenaan juga boleh diikuti menerusi laman facebook rasmi Radio Malaysia KEDAHfm.

"Selain itu, sebelum ini kita jarang bawa tetamu ke konti untuk membincangkan sesuatu isu ataupun perkara, kali ini kita bawa semuanya, penggiat seni, ada pendengar (setia) KEDAHfm, ahli sukan dan sebagainya supaya ia boleh merancakkan lagi siaran kita dan juga boleh menarik ramai lagi untuk mendengar siaran KEDAHfm", katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan program siri pertama 34 je “Pilihan Bersama” yang disiarkan secara langsung dari konti KEDAHfm di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, Kuala Kedah, Alor Setar.
 
Kumpulan nasyid Simfoni menjadi tetamu pertama yang bersiaran menerusi program ini yang diterbitkan oleh Azfarawaheda Aziz.
 
“34 je” merupakan rancangan baharu radio RTM serentak 34 stesen radio RTM seluruh negara yang bersiaran pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pukul 3.40 petang hingga 4.14 petang bermula hari ini.
 

ROSLINA BINTI DIN