fb fb fb fb fb

Produk kraf tangan Orang Asli Kelinsing akan dijadikan cenderahati ASEAN

Foto BERNAMA

SEPANG, 11 Januari- Produk kraf tangan Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang akan diusahakan untuk dijadikan cenderahati ASEAN untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, penganjuran Kepengerusian ASEAN 2025 perlu dimanfaatkan untuk mempromosikan hasil kraf tangan penduduk dan memartabatkan industri kraf tempatan.

"Ini yang saya harapkan dan memang produk-produk kraf tangan tempatan bagi Kementerian Komunikasi, saya cuba memperoleh sejumlah daripada sebagai contoh di Kampung Orang Asli Kelinsing dan sekitarannya.

"Kita jangkakan jumlah pengunjung serta pelancong yang ramai dan saya harap ada kalangan mereka yang akan dapat menikmati juadah dan juga kraf tangan di Kampung Orang Asli Kelinsing kelak," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di Kampung Orang Asli Kelinsing, di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM