fb fb fb fb fb

PRK Sg Bakap: UMNO Kedah persiap jentera bantu calon PH

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid

ALOR SETAR, 9 Jun- UMNO Kedah bersiap sedia bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jentera UMNO Kedah akan digerakkan bagi menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding.

"Kita membuat persetujuan UMNO Kedah pergi menyokong calon PH di DUN Sungai Bakap. Kita akan pergi dan bahagian yang paling dekat ialah Kulim dan Bandar Baharu."

"Jadi, kita akan persiapkan jentera bantu PH di Sungai Bakap," kata Mahdzir kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Alor Setar.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang sebagai penyelesaian masalah air di Nibong Tebal.

Datuk Seri Mahdzir berkata kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan terlebih dahulu masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di negeri Kedah.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM