(Foto BERNAMA)
BENTONG, 20 September- Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mengharapkan rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan bekerjasama bagi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober nanti.
Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Di sini saya mengharapkan agar rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan ini bekerjasama seperti mana BN berhempas pulas memastikan kemenangan untuk calon Pakatan Harapan (PH) di Pulai dan Simpang Jeram tempoh hari.
"Ia akan memperkukuhkan lagi kerjasama yang ada ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera BN bagi DUN Pelangai di sini.
Seramai 16,456 pengundi berdaftar di Pelangai akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Oktober.
(Foto BERNAMA)