fb fb fb fb fb

PRISMA perkasa golongan pekak Islam melalui pendidikan kelas KAFA

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Peratuan Pekak Muslim Malaysia (PRISMA) komited memperkasakan golongan pekak Islam di peringkat global melalui bengkel Pembinaan Kapasiti Untuk Pemimpin Islam Pekak Antarabangsa.

Presiden PRISMA, Aqlam Jafri berkata ini bagi memastikan golongan berstatus orang kurang upaya (OKU) ini tidak tercicir dalam arus pemodenan dan menguasai kemahiran profesional.

"Kami bergerak dengan mengatur dan memberikan kesedaran yang lebih baik mengenai pendidikan kelas KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) untuk orang pekak.

"Kami ingin memastikan ada tahap pencapaian dan pembangunan khas untuk generasi muda orang pekak di negara kita," katanya kepada RTM.

Bengkel yang diadakan kali kedua itu bakal berlangsung selama tujuh hari akan disertai seramai 50 pemimpin persatuan orang pekak antarabangsa pelbagai negara.

Antaranya persatuan orang pekak dari Australia, Amerika Syarikat serta Arab Saudi.

Katanya, hampir 46,000 orang pekak di seluruh negara berdaftar dengan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Daripada jumlah itu, lebih 25,000 mereka adalah beragama Islam.

Media Baharu