fb fb fb fb fb

Premis milik GISBH di lima daerah di Johor diserbu- Exco

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid

KLUANG, 22 September- Beberapa premis milik Global Ikhwan Service and Business Holding(GISBH) di lima daerah di Johor diserbu bermula kelmarin sehingga semalam. 

Serbuan tersebut dilakukan di Kluang, Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Mersing telah menemui beberapa buku baharu dipercayai berkait ajaran Aurad Muhammadiah yang dilarang di negeri itu.  

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata operasi bersepadu dijalankan juga berjaya menyelamatkan beberapa orang kanak-kanak yang diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. 

"Kita mengesahkan berkenaan penemuan bahan bacaan yang sememangnya terlarang, ataupun bahan-bahan bacaan baharu yang dipercayai tertakluk kepada kajian, mempunyai kaitan dengan Aurat Muhammadiah", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Kemas Negeri Johor di Kluang. 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor( JAINJ) turut akan berbincang dengan Mufti negeri dan menjalankan  kajian sebelum mengeluarkan sebarang fatwa berhubung ajaran yang diamalkan pengikut GISBH di negeri ini. 

ROSLINA BINTI DIN