Prasekolah seawal 5 tahun, manakala enam tahun masuk Darjah 1 bermula 2027

Gambar dirakam ketika Perdana Menteri membuat lawatan ke sekolah pada awal pembukaan sekolah/Foto PMO

PUTRAJAYA, 20 Januari – Kanak-kanak di negara ini akan memulakan pendidikan prasekolah pada usia seawal lima tahun bermula tahun hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Prasekolah dimulakan untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun mulai tahun depan.
  • Pendaftaran ke Darjah Satu dibuka secara sukarela untuk kanak-kanak berumur enam tahun.
  • Pelaksanaan pada tahun pertama tidak diwajibkan; ibu bapa boleh memilih jika anak belum bersedia.
  • Matlamat pelan dipercepatkan dengan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan kementerian terlibat.

Manakala,ibu bapa boleh mendaftar anak secara sukarela ke Darjah Satu seawal usia 6 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, pelaksanaan itu tidak akan diwajibkan pada tahun pertama.

Sebaliknya ibu bapa diberikan pilihan sekiranya merasakan anak mereka masih belum bersedia.

“Pada 2027, ibu bapa boleh memilih sama ada anak mereka memasuki Tahun Satu pada usia enam atau tujuh tahun.

“Ini mencerminkan tuntutan perubahan zaman di samping mengambil kira tahap kesediaan individu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat unjuran yang mencadangkan pelaksanaan inisiatif itu dilanjutkan sehingga 2029 atau 2030.

“Cadangan itu baik, namun saya yakin dengan keupayaan kementerian-kementerian terlibat, maka kita akan mempercepatkan pelaksanaannya.

“Segala-galanya akan dipercepatkan kerana negara ini mempunyai keupayaan untuk berjaya,” katanya.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan