fb fb fb fb fb

Prabowo tiba untuk lawatan khas sehari ke Malaysia

Ketibaan Prabowo Subianto (kanan) disambut oleh Mohamed Khaled Nordin (kiri)

SUBANG, 3 April- Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto tiba di sini malam ini bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok.

Pesawat khas yang membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di sini pada pukul 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Prabowo juga dijadual akan turut mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

SITI AISHAH MD ISA