PERAK, 22 Oktober - Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Larut Matang dan Selama ekoran banjir yang di kedua-dua daerah berkenaan malam tadi.
"PPS terlibat ialah Masjid Al-Mustaffa Banggol Jas Selama, PPS itu dibuka kira-kira pukul 11.45 dengan menempatkan 20 penduduk terjejas banjir daripada tujuh keluarga malam tadi", menurut Sekretariat Bencana Negeri.
Kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Dalam Banggol Jas dengan kedalaman air 1.5 meter.
Ketika ini kerja kerja-kerja pemindahan penduduk terjejas banjir masih dijalankan.
(PPS terlibat ialah Masjid Al-Mustaffa Banggol Jas Selama)