fb fb fb fb fb

PPS di Melaka dibuka semula

MELAKA, 1 Januari - Tidak sampai 24 jam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Melaka ditutup sepenuhnya semalam, hari ini ia dibuka semula selepas beberapa kawasan dilanda banjir terutama di Daerah Alor Gajah. 


Menurut Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga kini 6 PPS sudah dibuka di daerah berkenaan dengan menempatkan 382 orang daripada 100 keluarga.

PPS yang dibuka di Alor Gajah ialah Balai Raya Gadek, SRA JAIM Jelatang, SMK Seri Pengkalan, Surau Kampung Jeram, SMK Lubok China dan SK Belimbing Dalam.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubuk China serta Kampung Jeram.

Malah, ada penduduk yang sudah berpindah sendiri ke PPS sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

 

Media Baharu