Polis siasat kes penemuan mayat wanita tanpa identiti

Polis daerah Kota Tinggi, Johor

KOTA TINGGI, 18 Januari – Polis daerah Kota Tinggi, Johor menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat wanita di Bayu Damai, Pengerang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat wanita tanpa identiti dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
  • Terdapat kesan kecederaan pada peha kanan mangsa dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
  • Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman dalam kenyataan memaklumkan, mayat tanpa identiti itu kini berada di Hospital Kota Tinggi, untuk bedah siasat.

“Mayat tersebut ditemukan orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

“Terdapat kesan kecederaan pada peha kanan mangsa.Mayat sedang dalam proses pengesahan dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.