fb fb fb fb fb

Polis Seremban cari individu tular bakar mercun atas jalan raya

FOTO FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

SEREMBAN, 13 November- Polis sedang mengesan individu yang membakar mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau di sini seperti rakaman tular di Facebook, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa dan harta benda.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mohd Rosli berkata, pihaknya telah terkesan video tular berdurasi 54 saat itu menerusi akaun Facebook ‘Negeri Sembilan Kini’ mengenai perbuatan membakar mercun di atas jalan raya terbabit.

SITI AISHAH BINTI MD ISA