fb fb fb fb fb

Polis sahkan kejadian culik yang tular baru-baru tidak benar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 November - Kejadian culik yang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komusioner (ACP) Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan berkata, kes itu sebaliknya merupakan kes melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Sepang Putra, Sungai Pelek, Sepang pada 31 Oktober lepas.

Pihaknya menerima laporan pukul 9.30 pagi berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan sebuah kedai dobi di Sepang Putra, Selasa lepas.

Katanya, nggota dari Balai Sungai Pelek ke lokasi untuk membuat pemeriksaan namun pemandu kereta itu enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak melanggar motosikal polis yang diletakkan di tepi jalan dan memecut meninggalkan kawasan berkenaan.

"Polis telah menahan dua lelaki warga asing di depan sebuah hotel di Taman Semarak 1, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 1 tengah hari pada hari sama.

"Kedua-dua suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu direman 14 hari sehingga 18 November ini, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat,” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu didakwa menculik murid sekolah dan kanak-kanak yang bermain di luar rumah di sekitar Sepang dan Negeri Sembilan.

TETITIA YUSOFF