fb fb fb fb fb

Polis Perlis pantau sempadan elak penyeludupan diesel

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim

KANGAR, 11 Jun - Polis Perlis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan sempadan negara dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak diesel yang dipercayai akan terus berlaku meskipun selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihaknya percaya berlaku penyeludupan minyak itu dengan kuantiti yang lebih banyak untuk mendapatkan keuntungan memandangkan harga diesel di negara ini masih tidak jauh berbeza sebelum dan selepas penyasaran subsidi itu.

"Pihak PDRM sentiasa menyokong dasar kerajaan mengenai harga diesel bagi meneruskan kelancaran ekonomi negara … kita sedia bekerjasama dengan agensi berwajib bagi memantau kawasan sempadan di Perlis ini termasuk jalan darat dan laut.

"Kita sedia beri bantuan sokongan kepada agensi berwajib dalam membendung kegiatan penyeludupan minyak ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) kepada 84 penerima di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini.di sini hari ini.

Muhammad berkata modus operandi penyeludup diesel dipercayai masih sama iaitu melalui laluan darat dan laut.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI