
JOHOR BAHRU, 18 Mac – Seramai 2,018 anggota dan pegawai Polis Kontinjen Johor ditugaskan sempena Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri yang bermula Khamis hingga 24 Mac ini.
- Operasi menumpukan 95 kawasan tumpuan kerap kemalangan dan kesesakan.
- Fokus utama di dua pintu masuk: Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, dijangka mengalami kesesakan.
- Kenaikan kes kemalangan tahun lalu kepada 1,642 berbanding 1,069 pada operasi sebelumnya.
- Kes kemalangan maut meningkat kepada 24 berbanding 12, meningkatkan tumpuan keselamatan jalan raya.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata,operasi tersebut melibatkan 95 kawasan tumpuan kerap kemalangan dan kesesakan.
“Tumpuan utama bagi pintu masuk ke Johor akan diberikan kepada dua lokasi, iaitu Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
“Kedua-dua pintu masuk ini dijangka mengalami kesesakan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri 2026 Kontinjen Johor di sini.
Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 1,642 kes kemalangan direkodkan semasa Op Selamat 24, pada 2024, meningkat berbanding Op Selamat 22, 1,069 kes.
Tahun lalu juga menyaksikan pertambahan kes kemalangan maut kepada 24 kes, berbanding 12, tahun 2024 sempena Op Selamat Hari Raya Aidilfitri.