fb fb fb fb fb

Polis giat kesan lelaki ceroboh landasan monorel

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 September - Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung kejadian menceroboh, dengan melintasi landasan Monorel Bukit Bintang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian itu dikesan menerusi video berdurasi empat minit yang tular di media sosial, Khamis lepas.

Jelas beliau, laporan polis berkaitan kejadian tersebut dibuat pihak polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad, semalam.

Ia susulan usaha polis bantuan Prasarana untuk menangkap pelaku tersebut, gagal.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi Ibu Pejabat Dang Wangi atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Trainee