fb fb fb fb fb

Polis buru seorang lagi suspek kes samun wanita di Kulim

KEDAH, 14 Oktober- Seorang lagi suspek masih lagi diburu polis, manakala salah seorang suspek lelaki berjaya diberkas polis selepas menyamun seorang wanita dalam kejadian di Kulim pada 4 oktober lepas telah dihadapkan ke mahkamah pada rabu lalu.

Salah seorang suspek yang berjaya diberkas berusia 30 tahun itu, telah dihadap ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah.


(Ibu Pejabat Polis daerah Kulim)

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek yang menggunakan kereta telah menghimpit mangsa berusia 22 tahun yang sedang menunggang motosikal.

Akibatnya, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja, terjatuh dan suspek telah merampas beg silang mangsa yang mengandungi barangan peribadi dan wang tunai.

Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis telah berjaya mengesan dan menangkap suspek bersama rampasan sebuah telefon bimbit sebuah kereta jenis Proton Saga, dua plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dan satu plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu .

Suspek juga di tuduh di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya1952 dan diberi jaminan mahkamah sebanyak RM3,000.

Media Baharu