fb fb fb fb fb

Pokok tumbang: Jawatankuasa khas, NGO bincang mekanisme khusus penjagaan pokok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA, 20 Mei - Satu perbincangan berkaitan pelaksanaan dan penjagaan pokok sekitar Kuala Lumpur akan diadakan dalam masa terdekat bersama jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata usaha tersebut bagi mencari mekanisme serta menaik taraf pelaksanaan garis panduan sedia ada.

“Ini akan diadakan bersama jawatankuasa khas kita dan turut dijemput NGO yang mahir dalam hal ini seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Arborist Malaysia (Arborist) untuk duduk berbincang apakah pelaksanaan yang tebaik untuk kita laksanakan.

"Walaupun kita sudah ada garis panduan, namun ia perlu dikaji balik mengikut keadaan dan suasana yang berbeza khususnya ketika berdepan dengan perubahan cuaca ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Haji Muasassah Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini.

Tambah Dr Zaliha, sebanyak 200,000 pokok di ibu negara telah dikenal pasti oleh Dewan Bandaraya Kuala Kumpur (DBKL) dan beberapa pokok yang berisiko tinggi sudah ditebang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN