fb fb fb fb fb

Pokok tumbang akibat ribut di Bandar Baharu, Kedah

BANDAR BAHARU, 25 April - Sebanyak empat buah rumah dan sebuah tokong, bengkel dan kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut di daerah Bandar Baharu, Kedah petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul RahimĀ  Khairuddin berkata terdapat juga bumbung rumah diterbangkan dalam kejadian angin kencang di 16 kawasan melibatkan empat mukim itu.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan APM menerima 16 panggilan kecemasan berhubung kejadian angin kencang berserta hujan lebat kira-kira pukul 4 petang.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan di beberapa buah jalan berikutan dihalangi pokok tumbang.


(Sebanyak empat buah rumah dan sebuah tokong, bengkel dan kenderaan rosak ditimpa pokok
tumbang dalam kejadian ribut di daerah Bandar Baharu, Kedah)

Kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Tengas Ulu di mukim Selama, Bukit 300 Puncak Haji Sani ,Bukit 300 Jalan Tengah dan Kampung Belakang Pekan di Mukim Sungai Kechil Ilir .

Manakala tokong yang mengalami kerosakan ialah di Taman Kelisa Emas Parit Buntar di mukim Bagan Samak.

Di mukim Serdang, kawasan yang terjejas ialah Kampung Batu 18 dan Kampung Ayer Puteh .

Kerja-kerja pembersihan dilakukan melibatkan orang awam dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Media Baharu