PMK bawa manfaat kepada penduduk setempat

Foto RTM

TANGKAK, 31 Oktober – Program MADANI Kita (PMK) 2026 yang berlangsung di Dataran Serom 3, Tangkak, menjadi platform kepada penduduk setempat, khususnya golongan yang memerlukan, untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga rahmah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif anjuran Jabatan Perdana Menteri melalui JAKIM membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat.
  • Program menyediakan pertukaran topi keledar dan minyak hitam sebagai salah satu sokongan praktikal.
  • Perkhidmatan gunting rambut ditawarkan secara percuma kepada pengunjung.
  • Peningkatan bantuan persekolahan dan bayaran yuran atau elaun bagi pelajar Tingkatan Enam dilaksanakan tahun depan, wakil rakyat memantau.

Program anjuran Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung masyarakat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, antara inisiatif lain yang disediakan menerusi program berkenaan termasuk pertukaran topi keledar dan minyak hitam.

Selain itu, perkhidmatan gunting rambut turut ditawarkan secara percuma kepada pengunjung.

“Bagaimanapun, masih ada beberapa bantuan lain yang akan menyusul. Antaranya, peningkatan bantuan persekolahan, selain bantuan daripada segi pembayaran yuran atau elaun kepada pelajar Tingkatan Enam yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

“Jadi, sebagai wakil rakyat di sini, saya akan memantau pelaksanaan inisiatif berkenaan bagi memastikan segala yang diumumkan dalam belanjawan dapat dilaksanakan dan direalisasikan demi manfaat rakyat pada tahun depan,” katanya.

Beliau yang juga Ahlı Parlımen Tangkak berkata demikian semasa perasmian PMK di Dataran Serom 3.

Program tersebut turut memberi peluang kepada pengunjung beragama Islam, untuk memenangi pakej umrah tajaan Tabung Haji, menerusi cabutan bertuah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.