PM zahir ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-78 Tuanku Muhriz

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mempersembahkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sempena Hari Keputeraan Ke-78 baginda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah kepada DYMM Tuanku Muhriz sempena Hari Keputeraan baginda.
  • Doa agar Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan.
  • Harapan agar Allah SWT memanjangkan usia Tuanku dan melindungi negeri dengan kebijaksanaan baginda.
  • Doa supaya pemerintahan Tuanku diberkati dan institusi Raja terus menjadi tonggak kedaulatan serta perpaduan negara.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Anwar mendoakan agar Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar, bersama seluruh kerabat diraja, sentiasa dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan.

“Mendoakan semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar, bersama seluruh Kerabat Diraja, sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, lindungan Allah SWT, dipanjangkan usia dan terus memayungi negeri dengan kebijaksanaan,” kata kenyataan itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa memberkati pemerintahan baginda Tuanku serta mengukuhkan institusi Raja sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara.