PM zahir takziah atas pemergian Datuk Zahidi

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga mantan Ahli Parlimen Padang Besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Doa agar roh Allahyarham diampunkan dan dikurniakan rahmat oleh Allah SWT.
  • Harapan agar keluarga diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.
  • Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Besar dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.
  • Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas solat Isyak.

Menerusi hantaran di media sosial Facebook rasminya, beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosa dan dikurniakan rahmat oleh Allah SWT.

“Mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keampunan atas segala dosanya, mengasihaninya serta memberi rahmat ke atas ruhnya.

“Semoga keluarganya diberi kekuatan saat ini dan tabah dengan dugaan yang maha berat ini,” katanya dalam hantaran itu.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Padang Besar serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Zahidi, yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Besar.

“Bagi pihak seluruh warga Kementerian Komunikasi, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.

“Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Fahmi turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, jenazah Zahidi, 65, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas solat Isyak pada 13 November.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.