fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang

Allahyarhamah Natrah Ismail/ FOTO Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, 73, yang meninggal dunia malam tadi akibat kanser, di Hospital Segamat.

Anwar menerusi catatannya di laman Facebook, turut mendoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail telah kembali ke rahmatullah. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," menurut catatan itu.

Natrah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat menjadi Ahli Parlimen Sekijang, Johor dari 2018 hingga 2022.

TETITIA YUSOFF