fb fb fb fb fb

Budak lelaki maut jatuh laut

FOTO JBPM

BATU PAHAT, 3 November- Seorang budak lelaki maut apabila terjatuh ke dalam laut semasa memancing di kawasan jambatan terapung di Pantai Sungai Lurus Senggarang, Rengit, Batu Pahat, Johor 9.15 malam semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata mangsa Muhamad Adam Dani Johan berusia 10 tahun dijumpai terdampar di tepi pantai.

Mayat dijumpai pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pukul 10 malam.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE