fb fb fb fb fb

PM ucap selamat mengundi awal buat anggota keselamatan

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi awal buat semua anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi facebook, beliau turut mendoakan proses pengundian yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar dan sempurna.

"Pada rakan-rakan, saudara-saudari dari enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya pada 12 Ogos, undi awal akan bermula 8 Ogos. Ini melibatkan angkatan pertahanan, tentera dan PDRM.

"Gunakan kuasa serta amanah yang diberikan kepada anda dengan baik untuk memilih wakil dan kerajaan negeri yang kukuh, yang lebih menggarap permasalahan rakyat serta stabil" katanya di facebook.


(Undi awal akan berlangsung pada 8 Ogos 2023 (Selasa)

"Saya doakan kepada Allah S.W.T mudah-mudahan ini dapat dijalankan dengan lancar, dengan niat yang baik untuk menyelamatkan negara, menjamin kestabilan politik supaya khidmat kepada rakyat dapat disempurnakan dengan baik", katanya.

"Buatlah pilihan yang terbaik untuk membela nasib kalian dan keluarga, Insya-Allah.

Undi awal tersebut bertujuan untuk memastikan pasukan keselamatan dapat membantu mengawal supaya proses Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) pada 12 ogos 2023 akan berjalan dengan aman dan lancar.

"Saya doakan sebaiknya, insya-Allah Allah merestui usaha baik bersama", katanya.

Seramai 97,388 anggota polis dan tentera, serta pasangan masing-masing akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok.

Media Baharu