fb fb fb fb fb

100% lepasan ILP Kuala Terengganu berjaya dapat pekerjaan

KUALA TERENGGANU- 7 Ogos- 100% lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor perindustrian.

Pengarahnya, Kamaludin Tomiran berkata senario dari aspek pemilihan bidang kemahiran kini telah berubah kerana lepasan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sangat diperlukan dalam pasaran kerja.

Kata beliau, 10 kursus bawah bidang Elektrik dan Elektronik, Mekanikal dan Pengeluaran serta Jabatan Sivil dan Struktur sentiasa melebihi permintaan.

"Kebanyakan industri akan ambil terus bekerja. Kita dengan pihak industri sangat rapat, sejak beberapa tahun ini memang rekod kita 100% bekerja," katanya.

Tambah beliau, ILP Kuala Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan pelajarnya yang telah menamatkan pengajian.    

"Sebab kita memang ada satu kajian khas setiap tahun kita kenal pasti lokasi bekas pelajar tinggal, bekerja dan jenis pekerjaan. Jadi kita akan analisis setiap enam bulan," kata Kamaludin kepada media di sini.

Selain hanya 30% teori dan 70% praktikal, pelajar yang mengikuti latihan dalam tempoh dua tahun ini juga turut diberi pendedahan tentang keusahawanan.

ILP Kuala Terengganu ketika ini mempunyai 700 pelajar yang mengikuti pengajian dan latihan secara percuma.

(Kamaludin berkata 100% lepasan ILP Kuala Terengganu berjaya dapat pekerjaan)

 

Media Baharu