fb fb fb fb fb

PM ucap penghargaan sempena Hari ATM ke-92

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang disambut hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menzahirkan penghormatan atas khidmat bakti dan pengorbanan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Semoga seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air," katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pesara ATM yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka serta mendoakan kesejahteraan buat perajurit yang telah pergi mendahului agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada.

"Dirgahayu Angkatan Tentera Malaysia," katanya lagi

SITI AISHAH BINTI MD ISA