fb fb fb fb fb

PM tunai solat Jumaat di East London Mosque

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang naskhah al-Quran terbitan Nasyrul Quran di Putrajaya dengan terjemahan Bahasa Inggeris kepada East London Mosque

LONDON 17 Januari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di East London Mosque, disusuli pertemuan dengan komuniti Islam tempatan, hari ini.

Anwar turut menyumbang naskhah al-Quran terbitan Nasyrul Quran di Putrajaya dengan terjemahan Bahasa Inggeris kepada pihak masjid.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh ahli lembaga masjid, Dr Abdullah Faliq.

Selepas menunaikan solat Jumaat, Datuk Seri Anwar turut mengadakan pertemuan dan makan tengahari bersama-sama Majlis British Muslim.

Antara yang menghadiri pertemuan tersebut ialah Setiausaha Agung Majlis British Muslim, Zara Mohammed, Ketua Pengawai Eksekutif East London Mosque dan Pusat Islam London, Junaid Ahamad dan Pengerusi Yayasan Ramadhan, Shaykh Muhammad Umar Ramadhan.

TETITIA YUSOFF