fb fb fb fb fb

PM tunai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Azzubair Ibn Awwam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Cheras hari ini

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah dan kariah di Masjid Azzubair Ibn Awwam, Taman Tenaga, di sini.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ustaz Muhd Arifin Ramzan, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk "Budaya Tular, Saring Sebelum Sebar".

Ia memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan maklumat, meneliti kesahihan sesuatu berita, serta mengamalkan etika dalam berkomunikasi di era digital.

Turut menunaikan solat di masjid sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Perdana Menteri turut menikmati makan tengah hari di Restoran Suria Tomyam Seafood, dikenali sebagai "Kedai Kuning" yang terletak berhampiran masjid berkenaan.

Selesai solat, beliau akan meninjau lokasi kebakaran di Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) yang musnah dalam kejadian awal pagi pada 9 Jun lalu. 

TETITIA YUSOFF