fb fb fb fb fb

PM titip doa hubungan Malaysia, benua ASEAN, Jepun terus utuh

Perdana Menteri dan pemimpin ASEAN hadir majlis makan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida

TOKYO, 17 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa agar hubungan Malaysia, benua ASEAN dan Jepun terus utuh di masa hadapan.

Menerusi hantaran di facebook, beliau memaklumkan hadir ke majlis makan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.

"Kesempatan makan malam itu juga digunakan untuk bertegur sapa dengan rakan pemimpin yang turut sama hadir ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri ke Tokyo untuk lawatan kerja lima hari sempena ulangtahun kerjasama dan persahabatan ASEAN-Jepun kali ke-50 bertemakan “Golden Friendship, Golden Opportunities”.

ROSLINA BINTI DIN