
KUALA LUMPUR, 25 Februari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang di sini, pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Perdana Menteri meluangkan hampir 30 minit melawat gerai dan menyantuni peniaga serta pengunjung bazar Ramadan.
- Beliau beramah mesra sambil bertanya tentang jualan dan persediaan peniaga sepanjang Ramadan.
- Tinjauan disertai Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri serta menjadi peluang pengunjung bergambar.
Beliau yang tiba pada 6.10 petang meluangkan hampir 30 minit berjalan ke gerai-gerai sambil menyantuni peniaga dan pengunjung bazar Ramadan yang terkenal di ibu negara itu.
Datuk Seri Anwar turut beramah mesra dengan peniaga serta pembeli selain bertanya mengenai jualan serta persediaan sepanjang Ramadan.
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang merakam gambar serta berswafoto bersama beliau.
Tinjauan itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.