fb fb fb fb fb

PM tiba di Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2025

Perdana Menteri tiba di Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC/ Foto Pejabat Perdana Menteri

BUSAN, 30 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Korea Selatan sempena lawatan kerja tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2025.

Pesawat khas membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pukul 7:41 malam waktu tempatan.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni bersama-sama Ketua Bahagian Persiapan APEC 2025, Lim Kimo.

Datuk Seri Anwar kemudian menuju ke Gyeongju, lokasi penganjuran AELM, yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Busan.

Esok, Perdana Menteri dijadual menyertai AELM dan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Dialog Tidak Formal Pemimpin Ekonomi APEC mengenai pengukuhan rantaian bekalan, ekonomi digital dan kerjasama serantau. 

Beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin ekonomi APEC dan pemain utama industri.

Fokus pertemuan terarah kepada perbincangan mengenai peluang perniagaan dan pelaburan.

ROSLINA BINTI DIN