PUTRAJAYA, 7 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters di bangunan Perdana Putra.
Pertemuan selama hampir sejam yang turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan itu bagi membincangkan isu berkepentingan bersama antara Malaysia-New Zealand.
Turut dibincangkan, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
Terdahulu, Peters menghadiri Mesyuarat Menteri Luar yang julung kali diadakan menerusi Perkongsian Strategik New Zealand-Malaysia.
Peters yang juga merangkap Menteri Luar New Zealand memulakan rangka lawatan kerja empat hari di Malaysia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada khamis.
Hubungan diplomatik Malaysia-New Zealand terjalin sejak 25 September 1957.
Setakat Jun 2023, Malaysia kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar New Zealand di rantau Pasifik.