
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat lima Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara di sini, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Mereka akan memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.
- Amanah harus dipikul dengan integriti, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab.
- Tugasan bertujuan memelihara kepentingan negara serta memperkukuh hubungan diplomatik.
- Pesan turut disampaikan menerusi Facebook agar martabat dan citra Malaysia terus diangkat di persada antarabangsa.
Menurut Datuk Seri Anwar, kesemua mereka akan memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.
“Saya menitipkan pesan agar amanah besar ini dipikul dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan rasa tanggungjawab demi memelihara kepentingan negara, memperkukuh hubungan diplomatik serta terus mengangkat martabat dan citra Malaysia di persada antarabangsa”, katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.