
KUANTAN, 14 Mac – Warga kerja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini menerima juadah berbuka puasa menerusi Program Agihan Rezeki Ramadan MADANI: Apresiasi Barisan Hadapan sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan petugas kesihatan.
- Setiausaha Politik mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada petugas HTAA.
- Program itu adalah cetusan ilham Perdana Menteri untuk menghargai peranan petugas barisan hadapan.
- Ia dijalankan sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen petugas memberikan perkhidmatan terbaik.
- Ahmad Farhan beramah mesra dengan jururawat dan doktor di Wad Bersalin serta mengharapkan sumbangan menghargai dedikasi mereka.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata beliau mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan berkenaan kepada petugas hospital yang terus komited menjalankan tugas, termasuk sepanjang bulan Ramadan.
Menurutnya, program itu merupakan cetusan ilham Perdana Menteri bagi menghargai peranan petugas barisan hadapan yang berkhidmat kepada negara.
“Program ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Dalam pada itu, Farhan turut beramah mesra bersama jururawat serta doktor yang sedang bertugas di Wad Bersalin hospital berkenaan.
Beliau berharap sumbangan tersebut dapat menjadi tanda penghargaan terhadap dedikasi dan pengorbanan warga kerja hospital yang terus setia menjalankan amanah kepada masyarakat.