PM singgah Bazar Ramadan Sukma, sempat santuni rakyat

FOTO RTM

KUCHING, 13 Mac – Jadual padat lawatan ke Kuching tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turun padang beramah mesra dengan orang ramai.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditemani Premier Sarawak Abang Johari, beliau meluangkan kira-kira 15 minit di Bazar Ramadan Sukma membeli juadah berbuka.
  • Kehadirannya menarik perhatian pengunjung dan peniaga yang beramah mesra serta tidak melepaskan peluang bergambar sendiri.
  • Lawatan pertama beliau ke bazar Ramadan di Kuching tahun ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin negeri.

Beliau yang ditemani Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan kira-kira 15 minit mengunjungi Bazar Ramadan Sukma bagi membeli juadah berbuka puasa.

Kehadiran beliau menarik perhatian pengunjung dan peniaga bazar yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra serta berswafoto.

Lawatan tersebut merupakan kunjungan pertama Perdana Menteri ke bazar Ramadan di Kuching bagi tahun ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas serta beberapa menteri kabinet negeri.