fb fb fb fb fb

PM seru penguat kuasa KPDN tanggungjawab laksana tugas

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh badan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Badan itu perlu memperbetulkan kelemahan kelompok kecil yang merosakkan imej ketika melaksanakan tugas yang bertentangan dengan prinsip, peraturan, undang-undang, nilai keihsanan, moral dan akhlak.

"Saya mahu rekodnya lebih baik. Saya mahu pastikan kecelaruan dan pelanggaran ini dikurangkan sebanyak mungkin.

"Saya mahu setiap ketua jabatan, ketua unit yang berkenaan di setiap daerah pastikan jika ada pelanggaran di lapor, kerana mengikut pengarahan kita dalam melaksanakan sistem pelaksanaan ini kalau tidak di lapor, kita akan pastikan ketua unit itu diambil tindakan sekurang-kurangnya tidak dinaikkan pangkat", tegas Datuk Seri Anwar.

Tambahnya, jika tidak dibendung, ianya akan menjadi 'sistemik' atau pembudayaan dalam negara.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan tidak akan sesekali bertolak ansur kepada perasuah, perompak dan penyeludup di negara ini.

Mereka perlu diberikan tindakan sewajarnya bagi memberi keyakinan masyarakat terutama terhadap imej badan penguatkuasaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan khas dan menyampaikan amanat kepada jentera penguatkuasaan KPDN di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN