fb fb fb fb fb

PM salur sumbangan tampung perubatan Nur Khayla

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Nur Khayla Azzahra yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati.

Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada keluarga Nur Khayla dalam satu pertemuan pagi tadi.

Sumbangan itu juga bertujuan menampung kos perjalanan mereka ke China bagi pembedahan Nur Khayla yang menderita penyakit berkenaan sejak lahir.

"Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, Insya-Allah," kata Anwar menerusi Facebook beliau.

SITI AISHAH MD ISA