KUALA LUMPUR, 1 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Perdana Menteri mendoakan baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” menurut perkongsian Anwar di Facebook.