
BUKIT MERTAJAM, 20 Mac – Menjelang 1 Syawal yang bakal diraikan seluruh umat Islam esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil peluang untuk pulang ke negeri kelahirannya bagi menyantuni komuniti di Parlimen Permatang Pauh.
RINGKASAN BERITA AI
- Hadir menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet.
- Menjalankan Ziarah Kasih, meninjau kebajikan dua keluarga di Mukim 3, Kampung Pelet.
- Siri lawatan kerja diakhiri dengan Majlis Santai Akhir Ramadan di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.
Beliau tiba di Masjid Jamek As- Syakirin, Kampung Pelet kira-kira pukul 1.12 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat terakhir bagi Ramadan tahun ini di masjid tersebut.
Selepas menunaikan solat Jumaat, Datuk Seri Anwar dijadual ke program Ziarah Kasih ke Mukim 3, Kampung Pelet bagi meluangkan masa meninjau kebajikan dua keluarga daripada penduduk setempat.
Siri lawatan kerja itu akan diakhiri dengan Majlis Santai Akhir Ramadan di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.