PM mulakan lawatan kerja ke Pahang

Foto BERNAMA

KUANTAN, 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari ke Pahang dengan menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiba bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di perkarangan masjid pada pukul 1.15 tengah hari.
  • Ketibaan disambut menteri dan pegawai kanan termasuk Menteri Belia dan Sukan serta Ketua Setiausaha Negara.
  • Jadual lawatan termasuk MADANI Mart Indera Mahkota, Himpunan Anak Pahang MADANI dan Kejuaraan Silat PMX Pendekar 2026.

Beliau yang menaiki kenderaan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di perkarangan masjid pukul 1.15 tengah hari.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Usai menunaikan solat Jumaat, Datuk Seri Anwar beramah mesra dengan para jemaah sebelum bergerak menghadiri program lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dijadual mengadakan lawatan ke MADANI Mart di Indera Mahkota sebelum menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di pekarangan UTC Kuantan.

Ia diikuti program Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 di Kompleks Sukan Pahang.