fb fb fb fb fb

PM merafak sembah tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak

FOTO Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-67 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri mendoakan semoga baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku," menurut hantaran itu.

TETITIA YUSOFF