fb fb fb fb fb

Projek tebatan banjir, loji bekalan air bersih di Kelantan perlu disegerakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 1 Oktober- Pelaksanaan projek tebatan banjir dan loji bekalan air bersih di Kelantan perlu disegerakan.

Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu demi kepentingan rakyat negeri tersebut, meskipun kedua-dua projek melibatkan kos yang agak tinggi.

Jelasnya, beliau telah memantau pelaksanaan projek tebatan banjir pada kunjungan yang lalu dan kali ini memantau projek loji bekalan air bersih.

"Kita tahu bahawa ada keputusan saya dulu, saya lulus RM20 juta untuk beli pam. Tetapi, pam yang sedia yang kita beli itu tidak sampai ke permukaan air kerana masa itu kemarau. Sekarang nampak sudah dapat diadakan.

"Kita sedang bincang dengan kerajaan negeri dan kerajaan negeri setuju baru-baru ini meluluskan laluan tanah itu dan saya mengucapkan terima kasih dan cuma minta segerakan kerana projek ini projek rakyat.

Beliau turut memaklumkan, isu kelewatan dalam pelaksanaan projek tersebut telah selesai, susulan isyarat positif diterima daripada Kerajaan Negeri Kelantan. 

"Walaupun kadar di Stesen Pam Kemubu itu perlukan kelulusan daripada kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri telah luluskan pada 18 September yang lalu dan saya percaya KP ICU dan kementerian akan teliti dapat supaya disegerakan pelaksanaan itu. Saya nak tegaskan bahawa peruntukan RM20 juta itu sudah lama diluluskan, tetapi ia mengambil masa untuk pelaksanaan.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah di Kota Bahru, Kelantan.

ROSLINA BINTI DIN